Tuesday, 4 December 2012

Latihan : Ayat tunggal & ayat majmuk



Ayat Tunggal
Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
Contoh : 
Lelaki muda itu sedang menembak burung.
Subjek    =  Lelaki muda itu
Predikat  =  sedang menembak burung.


Ayat Majmuk

Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
Contoh : 
A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )  
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu.  ( Ayat Majmuk )

 
Labelkan ayat tunggal (T) dan ayat majmuk (M) 
1) Sang Tikus dan Sang Rama-rama datang membantu Sang Siput. (  )
2) Ibu berasa bangga akan Nora. (  )
3) Sila buang benda plastik dan aluminium ke dalam tong jingga. (  )
4) Berjimat semasa gunakan air atau kertas. (  )
5) Lalang itu tumbuh di tanah terbiar. (  )
6) Rakyat Malaysia memasang Jalur Gemilang di bangunan perniagaan. (  )
7) Sekolah saya kecil tetapi cantik. (  )
8) Ada empat belas jalur pada bendera Malaysia. (  ) 


Jawapan :
1.M  2.T  3.M  4.M  5.T  6.T  7.M  8.T

5 comments: